Kerajaan perlu berhati hati berhubung isu ini. Walaupun setakat hari ini, tidak ada apa apa undang undang atau peraturan yang mensyaratkan seorang yang meninggal dunia wajib dikebumikan di tanah perkuboran Islam, tetapi dibimbangi ada pihak pihak yang suka bertindak sendiri secara luar kebiasaan sehingga menjadi satu kebiasaan.
Ambo ada 2 pengalaman yang tak tahu apa kesudahannya;
1. Kes melibatkan kematian seorang pengikut ajaran Hasan Anak Rimau (limau) yang dikebumikan di tepi rumahnya. Pihak JAKIM telah menasihatkan supaya kubor ini dipindahkan.
2. Kes kematian yang melibatkan seorang yang dipercayai menganut ajaran syiah. Arwah Mufti Dato' Haji Hasbullah sebut ke ambo.... Kita kena siasat, ambo bimbang dia dikebumikan ikut cara syiah....
Ada satu kes kematian di Kok Lanas, Pihak Berkuasa Agama telah memberi kebenaran jenazahnya dikuborkan dalam kawasan masjid yang dibina olehnya... Wallahu'alam ambo tak cerap maklumat ni betul ke tidak.


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.