Norman Daud
Bekas pesuruhjaya SPRM lantikkan Tun M ni mempertikaikan kenapa Alber tei didakwa sedang dia adalah seorang whistleblower.
Saya semak apa kelayakkan untuk menjadi sebagai whistleblower mengikut undang undang.
1) Di bawah Whistleblower Protection Act 2010 (WPA 2010), pemberi maklumat hanya dianggap “whistleblower” jika membuat pendedahan salah laku kepada agensi penguatkuasaan yang diiktiraf seperti Malaysian Anti‑Corruption Commission (MACC), polis, atau agensi berkaitan, bukan terus ke media atau umum.
2) Pendedahan mesti dibuat “dalam good faith” dan dengan “reasonable belief” bahawa berlaku salah laku.
3) Individu tidak boleh terlibat dalam kesalahan yang didedahkannya , jika ada penglibatan, perlindungan boleh dibatalkan.
Dan.. agensi penguatkuasaan juga menekankan bahawa melaporkan kepada media atau umum terlebih dahulu sebelum melalui saluran rasmi menyebabkan seseorang itu tidak layak mendapat perlindungan sebagai whistleblower.
Adakah Albert tei layak mendapat pelindungan sebagai whistleblower jika kita tengok pada undang undang ni?
Fikir fikirkanlah..

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.