Dia didakwa, selaku individu yang bertanggungjawab bagi perniagaan Invoice Solutions, iaitu perniagaan perkhidmatan dan pengurusan majlis, gagal mengemukakan perubahan terhadap butir-butir berdaftar perniagaan terbabit apabila digunakan untuk tujuan penerimaan sumbangan daripada orang awam bagi membayar saman, kes bernombor 23NCVC-37-03/2013.
Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 24 Oktober 2017 hingga 30 November 2017 yang didakwa mengikut kesalahan di bawah Kaedah 17A(1)(b) Kaedah-Kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12A Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.