APA KEADILAN SEBENAR DI SUDUT PANDANG PN/PAS DALAM ISU APMM DAN MP KOTA BHARU??


Che Ibrahim




Semua orang tahu cerita sebenar APMM di Masjid Rusila. Semua orang tahu bahawa beberapa tanggapan atau andaian PN/Pas dlm isu tersebut lebih kepada "diada adakan" demi mencari sensasi, akhirnya menjerat kaki dan tengkok sendiri, sekarang mereka berhempas pulas cuba meleraikannya.


Ucapan MP Kota Bharu dan pencelahan MP Pendang telah disambut oleh pemain pemain media PN seperti anak seluang menyambar umpan, belum sempat jatuh ke air, diterkam habis habisan, sehingga hari ini masih diulang ulang seolah olah ianya benar seperti dituturkan oleh MPnya.


Salahkah pihak kerajaan memilih untuk menggunakan Peraturan Mesyuarat 27(3) sehingga ianya dikecam sebegitu rupa? Adakah Peraturan Mesyuarat 27(3) tidak berparlimen dan bercanggah dengan Perlembagaan atau sekadar penggunaan Peraturan tersebut  menyebabkan MP Kota Bharu cepat dihukum sebab itu PN menentang?? 


Apabila ada pilihan samada menggunakan Peraturan Mesyuarat 27(3) atau 36(12), maka terserah kepada pihak yang mengemukakan usul untuk memilih Peraturan mana yang mereka mahu gunakan. 

Pihak pembangkang sudah tentu mencari helah agar usul tersebut ditangguhkan atau sekurang kurang membolehkan mereka bergelepar lama sikit. 


Desakan pembangkang agar isu tersebut diselesaikan mengguna Peraturan Mesyuarat 36(12) sekadar bermain tali agar ikan dikail tidak terus disentap ke darat atau sekurang kurangnya mereka boleh mencabar kesabaran pemancing dari memegang hasil pancingannya,  mereka pun tahu ikan tersebut telah tersangkut di mata kail dan sukar untuk melepas diri.




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.