Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sedang menyiasat sama ada pemimpin Bersatu yang dikehendaki, Adam Radlan Adam Muhammad, berada di London.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, Adam didakwa lari keluar negara selepas dikenakan penalti oleh mahkamah sebanyak RM4.1 juta berhubung projek Jana Wibawa.
Memetik New Straits Times (NST), pemimpin Bersatu itu dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung projek Lebuhraya Putrajaya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) (MEX 2) yang tergendala.
“Adam Radlan ialah individu yang dikehendaki yang kami perlukan untuk membantu siasatan kami berhubung kes MEX II.
“Dia meninggalkan Malaysia beberapa bulan lalu selepas membayar penalti yang dikenakan mahkamah sebanyak RM4.1 juta untuk projek Jana Wibawa.
“Selepas itu (selepas bantu siasatan), dia mempunyai kebebasan untuk meninggalkan negara,” kata Azam seperti dilapor portal bahasa Inggeris itu.
Mahkamah Sesyen sebelum ini melepaskan dan membebaskan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut, Adam Radlan daripada 12 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan projek Jana Wibawa selepas dia membayar kompaun RM4.1 juta.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.