Bersatu: Maksimum 2 kerusi
Pas: 0 kerusi
Bersatu mungkin membolot dua kerusi, satu dari Ronald Kiandee dan satu lagi dari seorang muka baharu.
Pas pula akan kekal sebagai parti terbesar di Parlimen tetapi tidak pernah memenangi walau satu kerusi di Sabah, sejak zaman Kemerdekaan.
Ya. Angin perubahan atau tsunami Sabah sememangnya sedang melanda.
Walau bagaimanapun, tsunami tersebut tidak memberi sebarang kelebihan kepada PN kerana PN dilihat sebagai parti dari seberang, lebih-lebih lagi dengan imej sebagai organisasi yang membawa fahaman politik sempit.
Apa pun, kepada semua pemimpin dan pendokong PN dari Malaya……
“Kopivosian, Selamat Datang Ke Sabah.”
Jemput singgah di Kundasang, hayati sunset di Tanjung Aru, jamu mee sup pipin di Inanam, belikan sedikit seafood sebagai buah tangan. Anggap lah PRN ini cuti-cuti ke Sabah.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.