Beberapa kain rentang berbaur protes terhadap masalah gangguan bekalan air di Kelantan ditemui dipasang di sekitar Kampung Pak Keral, Tumpat.
Tidak pasti bila kejadian berlaku, namun difahamkan ia dipasang baru-baru ini.
Menerusi satu perkongsian tular, sebanyak 11 kain rentang dipercayai dipasang oleh penduduk tempatan yang tidak berpuas hati dengan ketiadaan air bersih.
Kain rentang berkenaan dilihat tergantung pada papan tanda dan tepi jalan utama, dengan pelbagai tulisan kepada pihak berkuasa antaranya;
AKSB air kering sampai bila; YB Mumtaz air takdok ni; YB Wan Lan duk mana tu, dan YAB MB rakyat susoh ni.\
Ada juga kain rentang yang tertulis ‘selamat datang ke zon tiada air’.
Gambar-gambar itu dimuat naik laman Facebook Amrie Ist kelmarin sehingga menarik ratusan komen.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.