PMX dedah perihal kartel dadah seludup dadah menerusi kontena Pelabuhan Klang


 

Ada kartel besar yang menyeludup dadah menggunakan kontena dari Pelabuhan Klang sejak dua dekad lalu tanpa diambil tindakan, dedah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

“Sekarang saya jadi Perdana Menteri, saya tunggu setahun tiada laporan (sedangkan) orang bercakap tentang perkara ini.

“Kemudian kontena itu masuk. Kontena dadah keluar daripada Pelabuhan Klang, ditangkap di Australia.


“Itu saya mengamuk. Saya kata jangan cakap kepada saya, anda tak ada apa-apa tindakan,” katanya pada sesi sarapan dan sembang santai bersama media Sabah di sini pada Ahad.

Beliau menegaskan bahawa beliau tidak boleh bertolak ansur mengenai perkara ini.

Ketua-ketua agensi penguatkuasa dijumpa setiap minggu untuk beliau peroleh perkembangan semasa.

“Satu contoh ialah Pelabuhan Klang. Rupanya ratusan kontena yang masuk seperti sisa e-waste. Jadi kita kata, serbu. Bagaimana, bila dan siapa? Itu kerja dia. Saya tak tahu.

“Ada juga kelakuan dan tindakan jenayah. Ada orang mati dibunuh oleh mereka,” katanya.

“Sekarang, kita sudah ambil tindakan. Kita sudah rampas dan dakwa beberapa orang di mahkamah,” katanya.






No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.