PM Anwar perjelas punca rayuan dibuat terhadap alasan penghakiman dalam kes tuntutan 40% hasil Sabah


 


Rayuan oleh Jabatan Peguam Negara terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu dalam kes tuntutan 40% hasil Sabah perlu dibuat kerana keterlanjutan di dalam alasan penghakiman, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


“Tiada rayuan dalam pemberian khas. Yang dibangkitkan ialah kekhilafan dalam penghakiman kerana alasan byk terlanjur. Ada dakwaan kajian semula pemberian khas slps 2021 salah undang-undang.


“Ia dikaitkan dengan kesalahan kerajaan sejak 1974. Ini bermakna sejak Tun Razak, Fuad Stephens semuanya bersalah.


“Ada dakwaan terlanjur, illegal, irrational dan abai tanggungjawab kepada Sabah.


“Saya tidak mahu ini jadi politik dalam soal 40 %.

(Alasan penghakiman) Tidak tepat harus dirayu. Tanpa rayuan bermakna kerjaan persekutuan sejak 1974 dan kerajaan Sabah sejak 1974 salah.


Beliau turut menyifatkannya sebagai keputusan yang menghukum kerajaan negeri dan persekutuan yang perlu dirayu.

“Ada kenyataan pengabaian, tuduhan ketepikan perlembagaan kita tak boleh terima.


“Ia mesti dirayu. Kit mahu ia dibatalkan. Ia tuduhan keras,” Anwar berkata demikian sewaktu menjawab soalan Datuk Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) ketika Waktu Pertanyaan Menteri.


Sementara itu dalam menjawab soalan susulan Datuk Takiyuddin Hasan (PN-Kota Bharu), Anwar bertanya sama ada Takiyuddin sanggup menerima tuduhan tersebut memandangkan Takiyuddin pernah menjadi Menteri Undang-Undang ketika pentadbiran Perikatan Nasional.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.