Skodeng Kreq
Di Thailand, sebuah majlis graduasi menjadi tumpuan ramai apabila seorang gadis bernama Ying Chanita, 27 tahun, melakukan sesuatu yang menyentuh hati semua yang hadir.
Ketika ramai pelajar meraikan kejayaan mereka sendiri, Ying memilih untuk menghargai insan yang paling berjasa dalam hidupnya iaitu abangnya sendiri.
Beberapa tahun lalu, keluarga mereka hidup dalam kesempitan. Wang yang ada hanya cukup untuk seorang anak meneruskan pelajaran.
Tanpa berfikir panjang, abang Ying membuat keputusan untuk berhenti sekolah supaya adiknya dapat belajar sehingga ke universiti.
Keputusan itu bukan mudah, namun dia sanggup bekerja kεras demi melihat adiknya berjaya.
Pada hari graduasi, Ying tidak dapat menahan sebak. Di hadapan ratusan orang, dia menang*galkan jubah konvokesyennya dan menyarungkannya ke bahu abangnya.
Dengan linangan air mata, dia kemudian berlutüt di hadapan lelaki yang telah meng0rbankan segalanya untuk masa depannya.
Suasana dewan ketika itu menjadi hening, ramai yang turut mengesat air mata menyaksikan detik penuh kasih sayang itu.
Bagi Ying, kejayaan yang dicapai bukan miliknya seorang tetapi milik abangnya juga.
Kredit : Xfiles

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.