Hanya Warisan sahaja yang bertambah kerusi. Maksudnya:
1) Majoriti pengundi Sabah masih percayakan parti tempatan mereka sahaja. Semangat sesama Sabahan masih tebal. Mana² kerajaan pun tidak akan mampu menghilangkan semangat ini kerana ia hanya akan pudar menerusi peredaran masa yg panjang.
2) Jesteru itu, mana² parti yg bekerjasama dengan parti Semenanjung akan dianggap orang luar yang tidak berhak ke atas Sabah & tidak disenangi mereka sebagai pemimpin negeri.
KESIMPULANNYA, PRN selepas ini tak perlulah bazirkan duit & masa bertanding jika kamu dari Semenanjung. Biarkan Sabahan memilih pemimpin mereka. Jangan cuba masuk, berkempen malah jangan sesekali cuba umum dah cukup jumlah. Sama mcm jika GRS atau Warisan bertanding kerusi parlimen di Terengganu. Kekalahan itu pasti, hilang deposit itu wajib sekalipun yg berkempen itu Presiden PAS sendiri & dijanjikan syurga diancam neraka. Apa yg perlu dilakukan hanyalah bekerjasama dgn kerajaan Sabah. Tu aje.
Dr. Ariff Kadir Al-Katami
Mantan Penganalisis Geopolitik Sabah Yang Tak Sambung Kontrak Sehari Selepas Dapat Email Sambung Kontrak.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.