Rombakan Kabinet dijangka akan diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada awal Disember dengan fokus mengecilkan saiz Kabinet dan mengukuhkan pasukan ekonomi.
Sumber memaklumkan Khairy Jamaluddin kembali sebagai Menteri Alam Sekitar dan Air, manakala Datuk Seri Johari Abdul Ghani bakal mengetuai Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri. Tengku Zafrul pula dilapor berperanan sebagai Penasihat Ekonomi Kanan.
Datuk Seri R. Ramanan dikatakan menggantikan Ewon Benedick di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, sementara portfolio Ekonomi digabung di bawah Kementerian Kewangan. Beberapa timbalan menteri turut ditukar dan perkhidmatan senator tertentu akan disambung.
Langkah ini turut membuka ruang kepada muka muda seperti Muhammad Kamil Abdul Munim, Sim Tze Tzin dan Taufiq Johari, selain penampilan kuota Sabah melalui Datuk Ruji Ubi. Sumber menyifatkan perubahan ini bukan kosmetik, tetapi usaha menjadikan Kabinet lebih kecil dan lebih cekap.
Sumber: Malaysia Gazette
Gambar: Utusan Malaysia

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.