Nazri Hamdan
Kadar pengangguran Malaysia kekal rendah pada 3% untuk suku ketiga 2025, tapi yang jadi isu besar ialah lebih sepertiga graduan bekerja di luar bidang atau di bawah tahap kelayakan mereka.
Menurut Jabatan Perangkaan (DOSM), kira-kira 1.96 juta graduan dan pemegang diploma masih terperangkap dalam kerja separuh mahir atau rendah mahir, termasuk kerja yang tak perlukan ijazah pun.
Walaupun bilangan penganggur turun kepada 519,900 orang, fenomena ni tunjukkan pasaran kerja Malaysia belum cukup menampung pekerjaan berkemahiran tinggi untuk tenaga muda berpendidikan.
Menariknya, negeri macam Putrajaya, Pahang, dan Selangor catat kadar pengangguran paling rendah antara 1.4% hingga 1.8%, sementara kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi pula datang dari Selangor (78.2%).
Pekerjaan banyak bertambah dalam sektor perkhidmatan, jualan runcit, F&B, komunikasi, dan pembuatan, tapi kadar pengangguran belia 15–24 tahun masih tinggi iaitu sekitar 10.1%.
Senang cerita, kerja memang ada, tapi banyak kerja tu tak padan dengan kelayakan atau gaji yang setimpal, jadi walaupun angka nampak cantik atas kertas, realitinya ramai graduan masih rasa “tersangkut” dalam kerjaya yang tak sepadan dengan apa yang mereka belajar.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.