Iswardy
Setelah Sabah mendapat 40% peratus hak hasil sabah melalui mahkamah, demikian adalah hak-hak sabah Sarawak yang telah dinafikan sejak 1963 yang mana kerajaan GPS dan kerajaan sabah LANGSUNG tidak berbunyi malah bersetuju pulak dengan penghakisan hak ini. Selama puluhan tahun, pembangkang di Sarawak telah berbunyi dan inilah hak yang kami persoalkan kenapa di"jual" kepada semenanjung yang di senyapkan oleh kerajaan negeri.
1. 40% hasil sabah - Peruntukan bawah Perkara 112D Perlembagaan persekutuan
2. 10% Royalti minyak kepada sabah dan Sarawak - kini kerana persetujuan Sarawak dan Sabah menandatangani 5% hasil minyak di bawah PDA 1974, maka Sabah dan Sarawak hanya menerima 5% dari tarikh tersebut. Ia adalah satu perbuatan khianat oleh kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak yang kononnya "tidak tahu" padahal merekalah yang bersetuju.
3. Pemberian khas Sabah Sarawak kini dinaikkan sebanyak RM600 juta. Tetapi puluhan tahun Sabah Sarawak hanya menerima kurang dari 20 juta. Kalau ini bukan pengkhianatan saya tidak tahu apa lagi.
4. 30% Hasil kasatam sabah dan hasil khas lain perlu dibincang dan dirunding semula (Jadual Kesepuluh, Bahagian V, Seksyen (4))
Sekiranya dengan hasil 40% dan hasil kastam serta 10% setiap tahun, bagi tahun 2025 sahaja Sabah patut mendapat RM 8-10 billion pemberian WAJIB dari persekutuan TIDAK termasuk pemberian perbelanjaan pembangunan (Development expenditure) dan RM4 Billion ini WAJIB dalam bentu tunai masuk ke dalam Dana Negeri (State Consolidated Fund) Perkara 112C(1).
Jangan salahkan federal semata-mata. Lihat siapa yang akan jadi kerajaan negeri nanti. Sama seperti Sarawak. Sayangnya Sarawak tidak ada pembangkang yang kuat untuk menuntut hak dan "mengetuk kepala" pemerintah agar jangan tunduk kepada kuasa luar.
Iswardy
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.