Islin Idris.
Waytha Moorthy dah minta maaf pada PMX dalam isu Tengku Maimun.. isu ketua hakim negara ni mulanya dimainkan oleh pemimpin dalam KEADILAN jugak.. kemudian disambut oleh pembangkang..
Padahal sebelum tu rakyat tak kisah pun tentang isu Ketua Hakim Negara ni..
Masa tu berbakul² PMX kena maki dengan isu ketua hakim negara ni..
Ada individu tertentu yang cuba timbulkan kerisauan beliau kononnya beliau bimbang PMX terlibat secara langsung pelantikan ketua hakim negara dengan menanam persepsi PMX mahu lantik Tan Sri Teri sebagai Ketua Hakim Negara..
Bermula dari kononnya ada "kerisauan" , tapi kemudiannya diterjemahkan kepada bentuk "tuduhan"
Akhirnya ternyata tuduhan tu tidak benar..
Nama Tan Sri Teri tiada dalam senarai pun..
Ada tak individu tersebut minta maaf? Tidak.
Selepas tu dia main isu lain pulak...
Game ni korang kena tengok secara keseluruhan, tengok dari sebelum PRU15 lagi.. segalanya telah di aturkan secara rapi, tapi aturan tu dah di gagalkan PMX..
Masa PRU15, jika perancangan individu tersebut berjaya, Anwar mungkin tidak akan menjadi PM.
Tak pe lah, aku yakin kawan2 aku bijak dalam baca neratif politik, mungkin suatu hari nanti korang akan nampak dengan lebih jelas.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.