60 tahun hubungan diplomatik: Malaysia, Ethiopia sepakat pacu kerjasama bernilai tinggi


 


Dalam semangat memperingati 60 tahun hubungan diplomatik Malaysia-Ethiopia, kedua-dua negara sehaluan bahawa ia harus dipacu dengan hala tuju baharu merentasi kerjasama tradisional kepada sektor bernilai tinggi.




Dalam pertemuan ringkas bersama Presiden Republik Demokratik Persekutuan Ethiopia, Taye Atske Selassie Amde petang tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim  menzahirkan komitmen Malaysia melalui pembukaan semula Kedutaan Besar Malaysia di Addis Ababa pada September lalu.



Ia selaras dengan pengiktirafan terhadap Ethiopia sebagai hab diplomatik penting di benua Afrika.



Malaysia turut mengalu-alukan penubuhan Kedutaan Ethiopia di Kuala Lumpur sebagai satu lagi langkah memperkukuh jambatan persahabatan, kepercayaan dan kerjasama dua hala.

“Semoga hubungan Malaysia dan Ethiopia terus diperkasa dengan semangat persahabatan tulen, keyakinan bersama dan manfaat yang dirasai rakyat kedua-dua negara,” katanya.





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.