Zainuddin Omar
Kematian misteri pendaki Gunung Liang Tg Malim
No one left behind adalah mitos.
Diberitakan 10 pendaki bersama dua malim gunung mendaki Gunung Liang pada 10 Okt 2025 bermula dari Fraser Hill.
Apabila sampai Gunung Liang pada 14 Oktober seorang pendaki bernama Mustaqqeem Bin Mansoor berusia 34 tahun, sakit kaki tetapi 8 orang bersama guide turun dahulu meninggalkan beliau dan seorang rakan lain untuk dapatkan bantuan.
Selepas tunggu sehari, apabila tiada bantuan sampai, rakan Mustaqqeem turun seorang diri untuk mencari bantuan dan akhirnya berjumpa.
Apabila bantuan sampai puncak Gunung Liang, mereka dapati Mustaqqeem telah meninggal dunia.
Dikhabarkan puncak Gunung Liang sangat sejuk pada waktu malam antara 10 hingga 13'C.
Sehingga kini belum tahu sebab Mustaqqeem meninggal dunia.
Kita tunggu dulu siasatan kenapa lapan rakan bersama dua guide meninggalkan Mustaqqeem kerana turun dahulu dan kenapa bantuan lambat sampai.
Cebisan berita-berita boleh baca di grup Hiking and Recreation Around Malaysia (H.A.R.A.M).

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.