GARUDA TERTEKAN.

 

Nazri Hamdan.


Garuda Indonesia, syarikat penerbangan nasional Indonesia sekarang tengah dalam keadaan tekanan kewangan.






Garuda dah lama bergelut dengan hutang, rugi operasi, dan pengurusan yang agak bermasalah.


Separuh pertama tahun 2025 pun masih rugi lebih USD142 juta, lepas rugi juga tahun sebelum tu. 


Banyak pesawat mereka terpaksa “diground” sebab tak cukup duit nak servis atau beli alat ganti, sampai pembekal pun dah mula minta bayaran tunai dulu baru hantar barang. 


Masalah ni makin teruk bila rantaian bekalan global slow, minyak mahal, dan pendapatan tiket tak cukup tampung kos.


Lepas tu ada pulak skandal korupsi lama yang masih menghantui reputasi Garuda iaitu bekas CEO pun pernah masuk penjara sebab kes rasuah beli pesawat & enjin, rugikan negara ratusan juta dolar. 


Tambah pula isu pemilikan unit penyelenggaraan (MRO) yang makin mengecil, menyebabkan kos operasi makin sukar dikawal. 


Jadi bila kerajaan umum nak suntik dana melalui Danantara tu, ramai nampak ni sebagai langkah “bailout” untuk selamatkan simbol negara, bukan semata-mata syarikat penerbangan. 


So mereka cari suntikan modal daripada dana negara Danantara sebanyak kira-kira US$1.44 bilion.   


Selain tu, mereka juga ada pelan untuk tukar sebuah pinjaman US$405 juta jadi saham (debt-to-equity swap) supaya beban hutang boleh dikurangkan dan ekuiti Danantara meningkat.  


Kalau benda ni jadi, secara automatik pemilikan Garuda akan berubah besar iaitu Danantara akan pegang sekitar 93.5% saham Garuda, manakala pemilik lain (seperti CT Corp) dan saham awam akan menyusut banyak.   


Ini bukan sekadar “tolong syarikat penerbangan” tapi ianya juga reposisi kawalan kerajaan terhadap Garuda.





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.