Berangkat ke Doha, Qatar bagi menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam. Insya-Allah, esok saya akan menyampaikan Kenyataan Negara bagi menzahirkan solidariti Malaysia terhadap Qatar yang menjadi mangsa serangan biadab Zionis Israel.
Serangan terhadap Qatar ini jelas membuktikan bahawa kezaliman Zionis tidak terbatas. Ia bukan sahaja menindas rakyat Palestin sejak puluhan tahun, malah kini mengancam kedaulatan negara-negara Arab dan Islam seluruhnya. Jika Qatar boleh diserang, maka tiada negara yang benar-benar selamat daripada ancaman mereka.
Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan zalim ini. Kita berdiri teguh bersama Qatar dan Palestin serta seluruh dunia yang cintakan keamanan serta keadilan. Inilah saatnya untuk dunia Arab-Islam, dan masyarakat antarabangsa bangkit bersatu mempertahankan maruah, menghentikan keganasan, dan menjamin keselamatan sejagat.
Saya juga akan tegaskan sekali lagi, Malaysia tidak akan tunduk, tidak akan goyah, dan berdiam diri selagi penindasan ini berterusan. Malaysia tetap berdiri bersama rakyat Palestin yang dizalimi.
π²πΎπΆπ¦π΅πΈ
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.