Saya berduka dengan perkhabaran bencana banjir yang semakin memburuk di Sabah, tatkala lebih daripada 400 mangsa di Penampang dan Beaufort terpaksa meninggalkan kediaman untuk berlindung di pusat pemindahan sementara.
Saya mohon penduduk di kawasan berisiko agar sentiasa berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa dan segera berpindah apabila diarahkan kerana keselamatan nyawa keluarga adalah keutamaan.
Pihak berkuasa dan agensi keselamatan harus terus dan tingkatkan usaha menyelamat, pastikan kebajikan serta keperluan asas mangsa dipenuhi dan berikan perlindungan terbaik sehingga keadaan kembali pulih.
Doa kami sentiasa bersama kalian.
ANWAR IBRAHIM
Foto: BERNAMA

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.