Che Ibrahim
Semua orang tahu Usul Tergempar Dewan Ulama Pas Pusat untuk memutuskan "Tahalluf Siyasi" @ persefahaman politik dengan Dap pada tahun 2015 ialah kerana keputusan Dap memutuskan hubungan dengan Haji Hadi.
Mungkin ramai yang tidak tahu keputusan Dap untuk memutuskan hubungan dengan Haji Hadi kerana tindakan Haji Hadi yang melanggar keputusan mesyuarat Majlis Presiden PR dengan memasukkan Notis Usul Persendirian RUU 355 tanpa berbincang dalam Majlis Presiden PR.
Perlu disebut balik, krisis dingin Pas - Dap bermula apabila Pas menghidupkan semula isu hudud melalui pembentangan RUU Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 2014 bagi menggantikan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 yang kemudiannya dikenali sebagai Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II)(1993) 2015.
Dap menentang pembentangan RUU EKJS (II) 2014 atas alasan tidak pernah dibincang dalam mesyuarat PR, setelah diberi penjelasan bahawa ekjs(ii) 2014 adalah kesinambungan kepada ekjs(ii) 1993, Dap akhirnya akur dengan keputusan Pas dengan syarat Usul Persendirian untuk meminda Akta 355, Akta Mahkamah Syariah 1965 hendaklah dikemuka Dan dibincang dalam Majlis Presiden PR, namun Presiden Pas telah membelakangkan keputusan tersebut.
Perlu diulang balik, Pas kembali dengan idea perjuangan menegakkan hukum hudud selepas PRU 2013 setelah satu dapatan kajian mengatakan Pas akan kalah dalam pilihanraya akan datang jika tidak memainkan semula isu hudud.
Bermula tahun 2014, Pas kembali memanaskan suhu politik negara dengan isu pelaksanaan hukum hudud melalui pembentangan semula Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 yang sekian lama disenyapkan. MB Kelantan ketika itu, YAB Dato' Ahmad Yakob berjanji akan meletak jawatan MB jika hudud gagal dilaksanakan.
Di peringkat Pusat, Pas tampil dengan Usul Persendirian untuk meminda Akta 355, Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 yang selepas itu masyhur dengan panggilan RUU 355. Akhirnya kedua dua isu tersebut telah lenyap sekarang ini.
Oleh itu dakwaan pemimpin Pas untuk tunjuk kuasa dominan dalam BA dan PR dulu untuk halang agenda Malaysian Malaysia Dap adalah satu pembohongan.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.