M63

 


Menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Bilangan 1 Tahun 2025 di Kompleks Satria Pertiwi, Kuching.












Turut bersama ialah Premier Sarawak, Ketua Menteri Sabah, Timbalan Perdana Menteri serta barisan pimpinan Persekutuan dan Negeri.


Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada pelaporan status kemajuan terkini berhubung pelaksanaan persetujuan di bawah MA63. Antara perkara yang dibentangkan dan dibincangkan ialah cadangan pertambahan bilangan Ahli Dewan Rakyat dari Sabah dan Sarawak, hal ehwal pelancongan, kuasa dalam pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman, serta pemberian kuasa berhubung pengurusan alam sekitar.


Insya-Allah, Kerajaan Persekutuan akan terus membuka ruang perbincangan secara harmoni, tertib dan penuh saling hormat bersama Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah. Dalam semangat MADANI, kita bukan sahaja bertekad menyelesaikan isu-isu berbangkit, malah merealisasikan aspirasi rakyat Sabah dan Sarawak yang telah lama menanti.


Kerajaan MADANI hari ini adalah kerajaan yang paling giat dan paling banyak menyelesaikan perkara-perkara berhubung MA63, hasil kesungguhan, muafakat dan komitmen bersama semua pihak.


Saya menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah atas kerjasama erat, keikhlasan serta semangat persaudaraan yang sentiasa menjadi sandaran dalam kita menzahirkan Perjanjian Malaysia 1963 secara adil dan bermakna.


#MalaysiaMADANI

#RancakkanMADANI

#MADANIbekerja

#MA63



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.