KEH KEH..KAKI KOMISYEN NAK SAPU ISU BLACKHAWK



Ramai yang dah ambil KOMISEN masing2, akhirnya kontrat di batalkan YDPA , BARU PADAN MUKA, kaki komisen sangat.



 Nazri Hamdan.


Aerotree dilapor saman kerajaan RM353 juta tuntutan sebab kontrak sewa helikopter Blackhawk dibatalkan. 





Diorang kata kerajaan tak ikut perjanjian asal 2023, siap minta ganti rugi khas RM17.5 juta, tambahan RM38.7 juta, dan pampasan lebih RM297 juta lagi. 


Aerotree jugak cuba block kerajaan daripada guna bon bank RM1.87 juta yang diorang dah sumbat sebagai jaminan. 


Dari perspektif syarikat, diorang rasa deal ni unfair sebab helikopter dah pun didaftarkan dengan US, cuma tunggu kelulusan eksport je, tapi kerajaan potong jalan terus terminate.


Masalah makin kusut bila Aerotree kata kelewatan tu bukan sebab diorang je tapi ada isu teknikal, perang Russia-Ukraine, tukar menteri pertahanan, sampai nak pinjam duit SME Bank pun tersekat. 


Diorang jugak dakwa kerajaan sengaja kenakan syarat extension berat sebelah yang buat projek tu hampir mustahil nak jalan. 


Sekarang Aerotree bukan saja hadap kes kat Malaysia, tapi jugak tekanan dari supplier luar negara yang ugut ambil tindakan undang-undang. 


Kes ni bukan pasal helikopter je, tapi dah jadi isu reputasi, kewangan dan credibility kerajaan dalam urusan kontrak pertahanan.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.