
Ketidak mampuan Abdul Hadi menjadi calon perdana menteri sudah dijangka atas faktor keuzuran, sama seperti Muhyiddin Yassin berbanding Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PENDAPAT, 20 Sep – Perangai Pas makin terserlah selepas selesai Muktamar Tahunan yang dilihat gagal menarik sokongan bukan Melayu kepada parti itu, lebih-lebih lagi apabila Ketua Dewan Himpunan Pas Pusat (DHPP) tanpa segan silu membaca ayat Al-Quran pada ucapan penggulungannya.
‘Normalisasi’ yang ‘diajar’ Pas nampaknya memakan diri apabila diserang bertalu-talu atas sifat ‘double standard’ sedangkan jika pihak lain yang berbuat demikian, mereka pula yang akan memaki hamun hingga terkeluar perkataan yang tidak sepatutnya.
“Sudah terang lagi bersuluh memang Pas mahu jadi abang besar dalam Perikatan Nasional (PN) dan ini dibuktikan dengan siri-siri serangan terhadap pemimpin Bersatu terutama selepas Marzuki mendedahkan bahawa parti itu yang ‘membiayai’ jentera Pas hingga mampu menang 43 kerusi.

“Tetapi apabila akaun Bersatu dibekukan ekoran skandal Jana Wibawa, Pas mula mencari pasal, atau lebih tepat ‘cari gaduh’ dengan Bersatu kerana kantung kewangan mula kehabisan dan lebih teruk lagi, mengungkit segala pemberian yang telah disalurkan ketika PRU15,” kata penganalisis.
Sementara itu, Hisomuddin Bakar dari Ilham Centre melihat muktamar itu sepatutnya menjadi peluang Pas meluaskan sokongan, lebih-lebih lagi apabila ia diperhatikan rakyat berbilang kaum.
“Tetapi, apa yang ditunjukkan ialah sifat angkuh bukannya mengukuhkan kerjasama dengan Bersatu yang bersama mereka pada PRU15. Pas sebaliknya mengetepikan parti itu dan mengkritik Gerakan yang majoritinya Cina,” katanya.

Manakala Azmi Hassan dari Akademi Nusantara pula berkata, Gerakan tidak boleh dipersalahkan kerana gagal menarik pengundi Cina memandangkan pendirian keras Pas dalam isu agama dan kaum menyukarkan kerjasama politik.
“Pas bertindak seperti ‘raja’ dalam PN dan merasakan mereka boleh berkata apa sahaja, walaupun ia menjejaskan sekutunya,” katanya.
Dua analisis ini saja sudah cukup membuktikan Pas cuba menyalahkan pihak lain atas kegagalannya sendiri dan tidak mahu mengakui sifat ekstrimis dan keterlaluan menyebabkan pengundi bukan Melayu tidak mahu bersama parti itu.

Jauh sekali dibandingkan semasa zaman almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang memupuk persaudaraan, besederhana dan pragmatik hingga penyokong Pas juga terdiri daripada kalangan bukan Melayu yang suka kepada pendekatan bersih, amanah dan lemah lembut Tok Guru.
Walaupun kini Abdul Hadi Awang kekal memimpin Pas, namun ‘fobia’ orang bukan Melayu tetap wujud kerana tidak ada suatu tawaran yang lebih realistik boleh diberikan kepada mereka selain menyerang DAP yang kononnya ‘meminggirkan Islam’ tetapi gagal memberi hujah dan fakta.
Kendatipun, kelemahan Pas ini juga memberi rahmat kepada Kerajaan Perpaduan untuk terus disokong bukan Melayu selain juga mendapat sambutan di Sabah dan Sarawak, dua negeri yang terus menolak Pas dan sekutunya dalam PN.

Jadi kita tinggalkan keangkuhan Pas dan kesombongannya mahu merampas 80 kerusi kononnya disebabkan Umno lemah, tetapi yang lemah sebenarnya ialah Pas kerana terus tercari-cari formula terbaik menambat minat bukan Melayu kepada parti penunggang agama itu.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.