JANGAN LEPASKAN MAIL SABRI





Baru sekejap tadi Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengumumkan Ismail Sabri Yaakob tidak mencabar penyitaan aset dan wang membabitkan bekas PM itu bernilai  RM170 juta.


Ini bermakna katanya wang itu menjadi milik kerajan dan akan dimasukkan ke dalam perbendaharaan negara. Tahniah. 


Menurut Azam setakat ini Timbalan Pendakwa Raya (TPR) belum menentukan untuk mendakwa Ismail Sabri atau mana mana individu berhubung penyitaan aset dan wang berkenaan. 


Penjelasan Azam itu kurang memuaskan dan sedikit membimbangkan. Apakah Ismail Sabri akan dilepaskan apabila aset dan wang sudah disita dan persetuannya untuk tidak mencabar sebagai kontra? 


Ingat kesalahan jenayah tidak boleh dijual beli. Kalau ianya boleh dijual beli selamanya golongan kaya akan terlepas dan yang dipenjarakan hanya golongan "sesak nak mampus" saja.


Jangan jadikan penyitaan itu sebagai imbalan atau tukarganti. Kalau Mail bersalah melakukan rasuah dan pengubahan wang haram cukup bukti dan evident dakwa beliau segera. Dan jangan diberi keistimewaan untuk tidak mendakwanya kerana masalah kesihatan.


Dalam hukum mana² agama kesalahan itu walaupun sebesar zaharah perlu menerima balasan setimpal. Jangan jadikan kes Mail ini sebagai percedent untuk kes kes akan datang. Bahaya. Anwar sebagai PM perlu tegas dan pastikan reform yang dijanjikan benar benar terlaksana bukan hanya tetorik. Trims.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.