INSYAALLAH KERAJAAN MADANI AKAN LAKSANAKAN.

 


Alhamdulillah, saya menyambut baik kenyataan DYMM Sultan Selangor berhubung latar sejarah, masa depan dan hala tuju kawasan Kampong Bharu. 





Pandangan ini selari dengan pendirian Kerajaan MADANI yang teguh menekankan keperluan menghargai warisan sejarah serta merangka pembangunan yang adil dan seimbang. 


Kerajaan berpegang teguh bahawa setiap keputusan mesti berpaksi pada aspek kesejahteraan rakyat serta kelangsungan identiti masyarakat. 


Sebagai Pengerusi Majlis Perumahan Mampu Milik Negara, saya tetap beriltizam memastikan pembangunan benar-benar membawa manfaat kepada rakyat tanpa mengorbankan maruah, hak dan sejarah yang merupakan kepentingan nasional.


ANWAR IBRAHIM


#MalaysiaMADANI 

#MADANIbekerja 

#RancakkanMADANI




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.