✍️ Ahmad Mursi
1. Zuhdi Marzuki (pimpinan dan strategis PAS) kata, dalam 10 tahun ini, dia saksikan kahwin-cerai pakatan politik PAS dan dia sahkan, “PN sedang tenat.”
2. Ashraf Wajdi pula sahkan, pemimpin PAS berjumpa dengan PMX dan Zahid tanpa diketahui BERSATU untuk “menyundal” dan “main dua kolam.”
3. Semua plot ini seiring dengan tulisan saya kelmarin bahawa pola sama berlaku kepada PAS dalam pakatan-pakatan politiknya.
4. Cuma saya perlu perbetulkan, pola ini tidak berlaku di zaman TG Nik Aziz dan Ustaz Fadhil Noor. Mereka setia kepada kawan hingga akhir hayat.
5. Angkatan Perpaduan Ummah (APU) hanya terbubar apabila Ku Li sendiri bubarkan Semangat 46.
6. Barisan Alternatif pula, DAP keluar kerana asakan isu Hudud (2001). DAP sertai semula dalam format Pakatan Rakyat (2008) lepas PRU12.
7. Pakatan Rakyat kekal utuh sewaktu hayat TGNA, dengan beliau menjadi ‘gam’ untuk pastikan PAS kekal setia dengan PKR dan DAP walaupun diasak oleh Hj Hadi dan kelompok ustaz.
8. Hanya beberapa bulan selepas TGNA meninggal (Februari 2015), barulah PAS berpisah dengan DAP dalam Muktamar 2015 dan Pakatan Rakyat terbubar.
9. Anak didik Ust Fadhil dan TGNA (kumpulan Erdogan) juga turut keluar PAS, tubuh AMANAH, dan terus kekal setia bersama PKR dan DAP dalam Pakatan Harapan.
10. Sejak itu, Hj Hadi dan ustaz-ustaz opportunis yang berbaki dalam PAS mula membentuk pola “kahwin–tikam–cerai” dalam pakatan politik, seperti yang berlaku 10 tahun kebelakangan ini.
11. Bayangkan, selepas puluhan atau ratusan juta ringgit diberi kepada PAS untuk menangkan banyak kerusi, mereka kini secara terbuka menghina dan menafikan sumbangan dana itu, jauh sekali mahu berterima kasih.
12. Akhirnya, sampai satu masa, jenama 'Parti Pelacur' (seperti kata Ku Li) akan melekat pada PAS dan tiada lagi parti akan percaya. Nama sahaja ‘Parti Islam’ tetapi tidak jujur, tikam belakang. Hampir semua parti sudah terkena.
13. Dan kini, pimpinan PAS yang ‘main dua kolam’ berjumpa dengan PMX dan Zahid hanyalah satu fasa untuk melengkapkan kitaran — sebelum menceraikan BERSATU yang sudah tidak lagi berduit dan menguburkan Perikatan Nasional.
https://www.facebook.com/share/p/167AQGr841/
Tulisan sebelum ni:
''𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚'' 𝗣𝗔𝗦 - 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗧𝗨: 𝗣𝗟𝗢𝗧 𝗨𝗟𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗗𝗜 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞 𝗣𝗔𝗦 𝗦𝗘𝗝𝗔𝗞 𝗗𝗨𝗟𝗨 𝗗𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗜 𝗞𝗜𝗧𝗔𝗥𝗔𝗡𝗡𝗬𝗔
✍️ Ahmad Mursi
1. Perbalahan PAS - BERSATU ni sebenarnya dah boleh jangka apa pengakhirannya.
2. Ini seperti skrip ulangan atau kitaran yang dah jadi badi kepada PAS.
3. Dalam hayat saya je, mula Angkatan Perpaduan Ummah - Barisan Alternatif - Pakatan Rakyat - Gagasan Sejahtera - Muafakat Nasional - Perikatan Nasional.
4. Awal kahwin, semuanya berbunga-bunga, segala dalil siasah syariyyah diberi, rasa saling memerlukan dan harmoni.
5. Kemudian kedudukan PAS sedikit kuat hasil hubungan itu.
6. Mulalah PAS rasa, gabungan itu kuat sebab PAS, ahli lebih ramai, lebih setia, lebih taksub, bukan kerana rakan politik.
7. Ceramah PAS ribuan, jentera mereka siap, rakan mereka hanya bergantung pada figura semata-mata.
8. Selepas tu, PAS rasa merekalah patut memimpin, tuntut terajui pakatan kerana merekalah tulang belakang.
9. Masalahnya di fasa ini, ustaz² pimpinan PAS tidak cekap imbangi kelicikan pengaruh kepimpinan rakan politik lain yang lebih cekap dari segi naratif dan diplomasi politik.
10. Pada tahap ni, kerana gagal pamerkan 'influential leadership', mereka cuba memaksa kepimpinan mereka walhal ustaz² PAS tiada kapasiti yang negara perlukan.
11. Bila gagal, PAS mula 'test water' dan 'menyundal' dengan parti lain di belakang tabir. Rakan mereka digantung tak bertali. Ada pakatan seperti tiada.
12. Akhirnya, pakatan pecah. PAS mula susun dalil baru siyasah syariyyah untuk wajarkannya.
13. Tiba-tiba rakan lama mereka yang dulunya akrab kerana 'tahalluf siyasi', kini jadi 'harbi', 'musuh Islam', 'islam liberal', 'sekular' dll.
https://www.facebook.com/share/p/19sdyLDCBB/
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.