Hasil dari perbincangan dengan our legal advisor, laporan polis yang dicadangkan hanyalah melibatkan kes-kes yang disokong oleh bahan pembuktian.
Berikut merupakan text yang dicadangkan:
--------------------
Pada [𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡], jam [𝐖𝐚𝐤𝐭𝐮], ketika saya berada di [𝐋𝐨𝐤𝐚𝐬𝐢], saya terbaca pelbagai hantaran mengenai perlakuan jenayah yang telah didedahkan oleh halaman Facebook yang bernama Semut Berapi (SB).
Link halaman Facebook SB adalah seperti berikut:
https://www.facebook.com/profile.php?id=61575719861905
Saya dapat tahu bahawa admin page ini adalah orang yang sama yang telah menjadi admin page yang sebelum ini dikenali sebagai Pseudoscience Watch, PW Community, Scam No One, Penjaga Lebah, Tebuan Garang dan Naga Slayer.
Admin Facebook SB pernah menjadi ‘whistleblower’ dan membantu pihak berkuasa untuk menumpaskan pelbagai jenayah khususnya jenayah penipuan yang membahayakan orang ramai seperti kes GISBH (Ops global), CSA Academy (Ops Sky), XFOX, Quantum Metal dan banyak lagi.
Hal ini telah membuatkan saya berasa lebih berminat untuk membaca pendedahan terbaru yang telah dibuat oleh page ini.
Setelah membaca, saya berasa amat terkejut kerana page ini telah membuat pendedahan mengenai seorang individu terkenal yang bernama Mohammad Ya’akubk Yusra Bin Mohd Yusof (K/P: 910106-11-5811) yang merupakan pengasas kepada Murtadha Dakwa Centre (MADAD).
Antara pendedahan yang telah dibuat oleh page ini adalah seperti berikut:
1. Facebook SB telah membuat pendedahan mengenai kes jenayah pecah amanah yang dilakukan oleh Mohammad Ya’akub Yusra Bin Mohd Yusof iaitu, pada tarikh 12/9/18. Beliau telah memindahkan wang milik Kompleks Dakwah Darul Murtadha (KDDM) sebanyak RM579,000 kepada akaun syarikat miliknya, Triple Y. Ada akuan bersumpah dibuat pada tarikh 8/5/19 oleh bendahari KDDM bernama Bob Effendy yang menyatakan bahawa Mohammad Ya’akub Yusra Bin Mohd Yusof mendesak Bob untuk tandatangan cek kosong.
2. Selain itu, pada bulan November 2018, Board of Director (BOD) KDDM telah mengesan bahawa Mohammad Ya’akub Yusra Bin Mohd Yusof juga telah memindahkan wang KDDM sebanyak RM1,228,550.75 kepada akaun syarikat Murtadha Construction milik beliau menerusi beberapa transaksi. Kedua-dua ini telah dilakukan tanpa persetujuan dan tanpa pengetahuan BOD KDDM.
3. Facebook SB juga membuat pendedahan mengenai Mohammad Ya’akub Yusra Bin Mohd Yusof yang dikatakan telah mencuri wang zakat Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK). Beliau dikatakan telah mengubah angka dan tulisan jumlah kutipan pada Resit Rasmi Bayaran Zakat Harta (No. SIRI: 60026) dari angka RM23,000 kepada angka RM2300. Ini bermakna, wang zakat yang dikatakan telah dicuri oleh beliau adalah sebanyak RM20,700. Selain itu, beliau dikatakan telah mendaftar KDDM sebagai amil zakat negeri Kedah tanpa pengetahuan BOD KDDM dan kutipan zakat tidak diserahkan kepada LZNK. Akibatnya, pihak KDDM terpaksa menanggung hutang sebanyak RM66,206 kerana dituntut oleh LZNK.
4. Selain kes pecah amanah, Facebook SB juga membuat pendedahan mengenai kegiatan penggubahan wang haram yang dikatakan telah dilakukan oleh Mohammad Ya’akub Yusra Bin Mohd Yusof. Antaranya ialah beliau dikatakan telah membuat modus operandi seperti berikut:
Pertama - Membuat kutipan derma atas nama untuk pembangunan institusi Islam dan menawarkan eBook percuma sekiranya seseorang menderma.
Kedua - Setelah jutaan ringgit wang derma berjaya dikumpul, wang derma untuk pembangunan institusi Islam diisytihar sebagai keuntungan syarikat hasil jualan eBook.
Pendedahan yang telah dibuat oleh Facebook SB lengkap dengan pelbagai dokumen dan pembuktian. Pihak berkuasa boleh melayari link Facebook SB yang saya berikan di atas untuk mendapatkan maklumat lanjut dan untuk mendapatkan bukti-bukti berkaitan.
Tujuan saya membuat repot ini adalah supaya pihak berkuasa seperti PDRM dan SPRM membuat siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap Mohammad Ya’akub Yusra Bin Mohd Yusof.
Antaranya ialah di bawah seksyen 405 Kanun Keseksaan (jenayah pecah amanah), 409 Kanun Keseksaan (jenayah pecah amanah melibatkan agen), 420 Kanun Keseksaan (jenayah penipuan) dan AMLA.
Sekian laporan oleh saya.
--------------------
1. Copy text masuk dalam thumb drive, boleh guna MS Word atau mana-mana text editor
2. Bawa ke balai polis berdekatan
3. Copy text masuk ke dalam laporan polis, kalau nak tambah apa-apa dialu-alukan
Insya Allah, sama-sama kita usaha untuk hentikan perbuatan makhluk hina yang persendakan dan pergunakan agama demi keuntungan dunia.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.