YANG DI-PERTUAN AGONG SELAMAT TIBA DI MOSCOW UNTUK LAWATAN NEGARA























KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Vnukovo-2, Moscow hari ini (5 Ogos). 


Pesawat peribadi Seri Paduka Baginda selamat mendarat pada jam 2 petang (waktu tempatan Rusia). 


Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut mesra Valery Falkov, Menteri Sains dan Pengajian Tinggi Rusia; Alexander Pankin, Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Rusia; TYT Naiyl M Latypov, Duta Rusia ke Malaysia dan Georgiy Kuznetsov, Pemangku Pengarah Protokol Jabatan Hal Ehwal Luar Rusia.


Hadir sama, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan yang juga Menteri Pengiring; Dato’ Seri Amran Mohd Zin, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri; Dato’ Yubazlan Yusof, Ketua Protokol, Jabatan Protokol dan Konsular, Kementerian Luar Negeri; Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini, Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara dan Datuk Rozainor Ramli, Ketua Pegawai Istiadat Kerajaan. 


Turut hadir, TYT Dato’ Cheong Loon Lai, Duta Besar Malaysia ke Persekutuan Rusia; dan TYT Abu Bakar Mamat, Setiausaha Bahagian Eropah, Kementerian Luar Negeri. 


Seri Paduka Baginda kemudian berkenan menerima Kawalan Kehormatan dan lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.


Sultan Ibrahim melakar sejarah sebagai Ketua Negara Malaysia yang pertama mengadakan Lawatan Negara ke Persekutuan Rusia sejak tertubuhnya hubungan diplomatik pada tahun 1967.


Lawatan Negara Seri Paduka Baginda ke Persekutuan Rusia atas jemputan Tuan Yang Terutama Vladimir V Putin, Presiden Persekutuan Rusia.


#YDPAgong 

#AllahPeliharakanSultan 

#IstanaNegara



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.