SIAPA PEMBULI SEBENARNYA?


Norman Radzuan


Jangan Bina Mahligai Atas Pusara

AJAK BOIKOT SAMBUTAN MERDEKA






Iklan di bawah ini saya tidak pasti kebenarannya sb ia dilihat agak fake… masanya tiada. Tapi ia sebahagian dari provokasi pihak anti kerajaan.


Jangan Bina Mahligai Atas Pusara… pesan PMX. Samalah maksudnya jgn menunggang isu Zara ini begitu teruk sekali. Bermula dari netizen yg kononnya Arwah Zara dimasukkan dlm mesin basuh.


Kemudian ada seorang lagi saya terbaca di penulisan Liyana Marzuki…”Ada seorang penulis buku mencari makan di FB. Kerap kali war2kan dia perlu dibantu.

Bukan saja tiada kerja dan tiada sales.


Dia juga sakit. Mental terganggu. Ke wad psikiatri saban bulan dan kadang saban minggu. Sambil letak nombor Akaun dan QR code di situ. Bila kes Zara meletup. Dia tetiba jadi sumber utama. Katanya dia dapat pelbagai berita.


- Kononnya ketika post mortem, Zara banyak lebam dan luka

- dia tahu siapa VIP yang dilindungi sekolah dan polis

dia tahu pembuli namanya Kak Dedeng, yang bunuh mangsa.

- Cerita dia ni dikongsi beribu kali. Dah jadi seperti berita utama.

- Sampai la ustazah wakil keluarga menegur sendiri di ruang komen, jangan tabur fitnah merata. Anda tak tahu cerita.


Kenapa influencer senang2 Pajak Otak pada dia?

Kita pernah due-d ke dia siapa? Apa kaitan dengan mangsa?” - Liyana Marzuki. 


Nampak… betapa teruk perangai manusia. Saya hairan bagaimana netizen boleh percaya kpd cerita karut marut. Lebih dasyat mereka menjadi penyebar fitnah. 


Akhir2 ini saya lihat ramai kenalan saya senyap bercerita tentang Zara…mungkin malu. Tapi ada yg degil terus menghentam… itu bukan kerana tidak mahu insaf tetapi level pemikiran tipikal Malay yg mudah diperbodohkan.


Sekarang mereka hasut rakyat jgn sambut Hari Kemerdekaan. Ini sudah peringkat yg melampau antara hasutan mereka. 


Tidak suka kerajaan ini tidak mengapa kerana itu hak masing2. Tetapi kesetian pada negara jgn sesekali diperjudikan. 


Pembangkang tahu Hari Kemerdekaan memperlihatkan perpaduan kaum di negara kita. Pembangkang takut dan tidak mahu negara ini makmur hidup berbilang kaum.


Tanya saya penghasut penghasut inilah PEMBULI sebenarnya. Mereka menjadi egen penyebar fitnah. Islam tapi tidak nampak keIslaman mereka. Kesannya bukan pada satu individu tetapi ratusan ribu atau jutaan rakyat.


Kes Zara kini parti politik telah mengambil kesempatan tanpa disedari. Jika sebelum ini ramai sudah termakan hasutan perkauman tanpa disedari… isu Zara juga pada awalnya luahan hati rakyat kini khabarnya parti politik sudah hijack utk memanaskan suasana.


Akhirnya rakyat yg tertipu…




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.