Setibanya saya di Kelantan pagi ini, saya terus bersama YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk turut hadir ke Ijtimak Madani Ulama dan Guru Pondok Kelantan 2025.
Kelantan, sejak dahulu, menjadi benteng ilmu dan juga tempat suburnya institusi pondok yang melahirkan generasi ulama dan pendidik berjiwa besar. Hari ini, usaha memartabatkan kembali gedung ilmu ini bukan sekadar nostalgia, tetapi satu keperluan mendesak untuk menghadapi cabaran zaman.
Kita tidak mahu institusi pondok sekadar menjadi simbol sejarah. Kita mahu ia terus hidup, berkembang, dan melahirkan ulama pewaris perjuangan Rasulullah ﷺ yang membimbing umat dengan ilmu dan hikmah
Semoga ijtimak ini menjadi pemangkin kebangkitan baru, menyuburkan kembali tanah Kelantan dan seluruh Malaysia dengan cahaya ilmu, hikmah, dan rahmat Ilahi.
#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#IjtimakMADANI








No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.