Di hari Jumaat yang penuh keberkatan ini, saya berpeluang menunaikan solat Jumaat bersama jemaah di Masjid Putra, Putrajaya.
Khutbah bertajuk “Bangkit Membela, Teguh Bersaudara” mengingatkan kita tentang kewajipan umat Islam untuk bersatu memperjuangkan nasib rakyat Gaza yang terus dizalimi rejim Zionis Israel, dan antara seruan penting adalah menggunakan segala saluran media, ekonomi, diplomasi dan politik bagi menentang kezaliman.
Khatib turut menekankan bahawa budaya buli juga adalah bentuk kezaliman yang ditegah dalam Islam kerana mencemar maruah insan.
Usai solat, saya meraikan delegasi organisasi Islam dari Indonesia sempena Majlis Cendekiawan Malaysia-Indonesia MADANI (MALINDO MADANI) dan pertemuan ini membuka ruang perkongsian pengalaman dakwah antara dua negara yang telah lama bersaudara.
Moga ikatan dan jambatan rasa yang telah terbina harus disambung oleh generasi pewaris demi kepentingan dua negara yang bersaudara ini.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja








No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.