Pagi tadi saya meraikan ketibaan sahabat baik saya yang juga Ketua Penasihat Kerajaan Republik Rakyat Bangladesh, Profesor Dr Muhammad Yunus Chief Adviser GOB yang dalam rangka lawatan rasmi ke Malaysia selama tiga hari bermula semalam.
Dr Muhammad Yunus dan delegasi diberi sambutan rasmi termasuk pemeriksaan kawalan kehormatan oleh Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja.
Usai sambutan rasmi, saya dan Profesor Dr Muhammad telah mengetuai delegasi masing-masing dalam sesi mesyuarat dua hala serta pertemuan tertutup yang berlangsung dalam suasana mesra dan konstruktif.
Lawatan ini bukan sekadar memperkukuh persahabatan dua negara, tetapi juga membuka lembaran baharu kerjasama strategik demi kesejahteraan rakyat Malaysia dan Bangladesh.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja

















No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.