Pas lidah bercabang: Dulu siap tandai lebih 30 kawasan, kini mahu berdemonstrasi bantah PSB


 


Pas dilihat terus selamba dengan sifat lidah bercabang berhubung Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB).

Semasa Pas menjadi sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada 2022, mereka bukan sahaja tidak membantah malah turut menyokong usaha merangka PSB.

Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim memaklumkan lebih 30 kawasan di Kuala Lumpur boleh dilaksanakan projek pembaharuan bandar supaya penduduk kawasan terbabit dapat menikmati kualiti hidup lebih baik.

Shahidan malah berkata, penduduk yang terlibat dengan pembaharuan bandar akan mendapat manfaat yang lebih termasuk saiz rumah lebih luas, sebagai contoh, daripada sedia ada 400 kaki persegi kepada sehingga 800 kaki persegi dan lebih.

Shahidan Kassim

Namun, selepas beralih menjadi pembangkang, Pas kini menukar nada dengan mendakwa PSB kononnya satu bentuk “penjajahan baharu” terhadap tanah warisan Melayu.

Bahkan, Pas hari ini mengumumkan bersama sekutunya dalam Perikatan Nasional (PN) akan mengadakan himpunan mega bagi membantah PSB jika kerajaan masih enggan mendengar pandangan pelbagai pihak.



Padahal, sebanyak 108 sesi libat urus telah diadakan bagi merangka akta berkenaan tetapi tiada seorang pun wakil pembangkang yang hadir.

Pembangkang nampaknya menghasut sentimen kaum dan agama walaupun sesi libat urus dan rundingan yang komprehensif telah diadakan membabitkan badan profesional, persatuan penduduk dan tokoh akademik.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataan hari ini berkata, PSB mempunyai pelbagai kelemahan dan memberi kesan jangka panjang terhadap perpaduan serta keharmonian hidup rakyat negara ini.



Tuan Ibrahim Tuan Man

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.