NAK TIMBULKAN PERSEPSI AGAMA DAN BANGSA.

CnP


MUSIBAT NI NAK TIMBULKAN PERSEPSI JAHAT




 Saya tonton seluruh episod ini. Bermula apabila Pengkalan Chepa buat satu kecaman berbentuk soalan (atau soalan berbentuk kecaman) semasa dia berbahas baru-baru ini.



Maka, tibalah masanya menteri menjawab. Apabila menteri jawab, dia bangun persoal lagi... Dalam soalan tambahan, dia desak untuk naikkan elemen "Syarikat Non Muslim dapat projek TH" yang merupakan "maruah orang Islam"...


Setelah diasak, menteri pun jawablah cara politik... "Kalau nak cakap macam tu... dulu semasa zaman YB sebagai timbalan menteri, telah memberikan projek kepada 23 syarikat Non Muslim... Boleh pula?"


Tersentap dengan jawapan itu, Pengkalan Chepa apa lagi..... Panas punggung lah...


Terus melompat bertalu-talu tekan menteri... Speaker nampak macam tak terkawal. Jadi speaker (timbalan speaker) arahkan dia duduk dan bertenang, beri laluan kepada menteri untuk jawab..."


Tidak berpuas hati, dia terus bangun dan tekan menteri. Disebabkan dia tidak menghormati majlis, maka dia diarahkan keluar dewan selama 30 minit. Dia masih tak puas hati... masih terus kacau sesi jawapan menteri...


Lalu speaker pun arahkan dia keluar dewan 2 hari...


Itu saja puncanya... Jangan salahkan orang lain kalau kamu sendiri tak pandai kawal emosi. Sengaja nak play victim...




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.