MP PAS KANTOI MENIPU DI DEWAN? DOKUMEN SULIT PALSU & TIDAK BENAR?



Ahli parlimen, Pengkalan Chepa, Datuk Ahmad Marzuk Shaary mendakwa berlaku percanggahan besar dalam kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berhubung jumlah perbelanjaan penjenamaan Lembaga Tabung Haji (TH). Beliau berkata, Mohd Na’im sebelum ini menyatakan bahawa kos yang terlibat hanya RM5.9 juta, namun dokumen yang dimilikinya menunjukkan jumlah sebenar adalah jauh lebih tinggi. “Kalau maklumat ini benar, saya serah kepada menteri untuk justifikasi bahawa jawapan Menteri Agama bahawa RM5.9 juta terlibat dalam perbelanjaan rebranding TH itu sangat salah. “Ini kerana dokumen ini menunjukkan ianya adalah sekitar RM20 juta sebab dalam dokumen ini adalah RM18 juta, jadi itu yang saya sebut. Sedangkan Menteri Agama beritahu RM5.9 juta sahaja,” katanya ketika sesi Perbahasan Rang Undang Undang Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan) pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini. ================================================================================== Lembaga Tabung Haji hari ini mengesahkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Na’im Mokhtar pada 18 Ogos lalu di Dewan Rakyat berhubung penjenamaan semula institusi kewangan umat Islam itu adalah benar. TH dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, fi konsortium perunding bagi kerja penjenamaan berjumlah RM5.9 juta untuk tempoh tiga tahun itu melibatkan penyelidikan dan kajian pasaran dan audit serta pelan penjenamaan. Fi itu juga merangkumi kos perhubungan awam dan latihan pembudayaan dalaman, tambah kenyataan itu. Setakat ini, sejumlah RM1.6 juta telah dibayar mengikut jadual bayaran yang ditetapkan. Sehubungan itu, TH turut menegaskan tiada sebarang kontrak atau pelantikan lain telah dibuat menerusi inisiatif ini. TH turut menzahirkan komitmentnya untuk memastikan semua keputusan diambil mengikuti garis panduan yang tepat dalam memastikan kepentingan para pendeposit. Pada 18 Ogos lalu, Naim memberi penjelasan rasmi berhubung isu berkaitan penjenaman semula TH dilakukan melalui proses rundingan terus dan tidak melibatkan dalam urusan dasar institusi itu.






No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.