Hari ini di Nilai, Negeri Sembilan saya tegaskan bahawa transformasi digital dan kecerdasan buatan (AI) mesti menjadi wahana yang memperkukuh tahap khidmat kita kepada rakyat, mengangkat produktiviti, dan memperluas pendedahan rakyat kepada dunia dan ilmu baharu. Namun, mesti kita ingat bahawa dalam keghairahan mengejar teknologi dan disiplin baru, kita remehkan akhlak dan jati diri.
Lantaran itu, AI dan lapangan digital harus meningkat kecekapan bukan melebar jurang. Ilmu baharu mesti kita kuasai; menggapai langit, namun mesti utuh mengakar ke bumi, yakni mesti berpaut pada nilai dan budaya sendiri. Kita pernah lalui pengalaman sewaktu komputer mula diperkenalkan pada 80an, dan hari ini cabarannya lebih besar. Makna kata benteng pertahanan tidak terhad pada teknologi semata tetapi mesti mencakup rumah dan masyarakat.
Saya turut berkongsi tentang iltizam politik setelah terjelmanya Akta Tanggungjawab Fiskal, bahawa pihak Kerajaan mesti ‘answerable’ dan bertanggungjawab kepada Parlimen, selain Akta Perolehan Kerajaan yang menuntut tatacara jelas dan telus dalam soal perolehan dan kontrak.
Di kesempatan merasmikan Program MADANI Rakyat 2025 Negeri Sembilan hari ini, saya tekankan betapa Negeri Sembilan dengan budayanya yang gagah, kini menjadi tapak penting dalam menzahirkan prakarsa baharu yang menyeimbangkan kemajuan teknologi dengan akar nilai bangsa.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI









No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.