KANTOI..INI YANG RAFIDAH TIDAK MAKLUMKAN. BELIAU DISAMAN PEMAJU.

 







Rafidah dan dua lagi bekas pemilik kini perlu bayar lebih setengah juta kepada pemaju selepas injunksi mereka ditolak mahkamah.




Selama bertahun Rafidah cuba salahkan Menteri Wilayah, Dr Zaliha Mustafa.


Rupanya ada yang Rafidah tak ceritakan kepada orang ramai.


Ini adalah 🧵Cerita bermula bila 9 bekas pemilik rumah di Kg Sungai Baru failkan saman pemula pada 22 Ogos 2024.


Tujuannya? Nak hentikan projek pemaju daripada teruskan kerja pengosongan dan perobohan.


Tapi apa jadi selepas itu?Pada 5 September 2024, iaitu baru 2 minggu selepas injunksi difailkan, 6 daripada 9 orang tarik diri.


Tetapi ijunksi daripada 3 orang yang masih kekal tidak lagi berkuatkuasa. Tak sah.


Nampak macam kes kecil. Tapi lepas tu pemaju tuntut ganti rugi sebab projek tergendala.Pada 4 Julai 2025, mahkamah putuskan: 3 individu tersebut bertanggungjawab bayar ganti rugi sehingga RM734,000.


Nilai ini termasuk RM584,523 sebagai ganti rugi khas. Dan RM50,000 seorang untuk ganti rugi am,teruk, dan teladan.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.