Norman
Isham Jalil tanya duit siapa yang beli Boeing tu? Kelakar soalan. Baik Saya jawab, duit Malaysia Aviation Group. Duit hasil perniagaan syarikat penerbangan. Bukan duit gaji cikgu, bukan duit tol, bukan hasil jual sawit FELDA. Bukan duit income tax rakyat.
Isham mungkin lupa atau buat-buat lupa. Tahun 2017, masa Najib pegang jawatan, Malaysia Airlines umum beli Boeing USD10 bilion. Masa tu tak ada rundingan tarif, tak ada potongan cukai eksport, tak ada pun alasan dagang yang kukuh. Tapi peliknya, Isham dan geng senyap sunyi. Tak dengar pun soalan “duit siapa?”. Jangan lupa masa tu isham adalah pegawai khas Najib di JPM (EPU), eh.. pegawai kanan kot takkan tak tahu guna duit siapa?
Bezanya, pembelian 2025 ini berlaku selepas kita berjaya turunkan tarif eksport dari 25 peratus ke 19 peratus. Maknanya ada pulangan ekonomi jelas untuk negara. Tapi ya lah, nak nampak fakta tu kena pakai cermin mata jernih, bukan kaca mata politik.
Hakikatnya, yang beli bukan kerajaan. Bukan Kementerian Kewangan, bukan Tabung Haji, bukan tabung masjid. Yang beli ialah Malaysia Aviation Group (MAG) iaitu syarikat induk kepada Malaysia Airlines, Firefly dan Amal. MAG ni pula milik penuh Khazanah Nasional. Jadi ini pembelian korporat untuk kegunaan komersial syarikat penerbangan, bukannya projek kerajaan macam beli jet pejuang atau bina jambatan.
Nilainya besar, USD19 bilion atau lebih kurang RM89 bilion, tapi bukan semua dibayar sekali harung. Pesawat komersial macam ni biasanya dibayar ikut jadual penghantaran, malah ada yang guna kaedah leasing atau pinjaman bank antarabangsa. Jadi jangan bayang ada lori bawa duit cash keluar dari Bank Negara ke kilang Boeing. Nak siapkan sebijik kapal terbang bukan macam order kat Grab.
Sumber duitnya datang daripada modal dalaman MAG, pembiayaan bank atau syarikat sewa pesawat, dan kalau perlu ada sokongan daripada Khazanah sebagai pemilik. Tak ada satu sen pun gaji cikgu, duit tol atau cukai jalan yang terus digunakan untuk bayar Boeing ini. Kalau nak kira indirect, ya, sebab Khazanah milik negara. Tapi itu pelaburan yang ada pulangan, bukan belanja hangus.
MAG ni pulak bukan syarikat yang tak menjana keuntungan Masa 2023, MAG kutip keuntungan bersih RM766 juta, hasil dari revenue RM13.85 billion dan operating profit RM889 juta — ini kali pertama mereka untung sejak dibentuk semula pada tahun 2015 .
Tahun 2024 pula, keuntungan bersih jatuh mendadak kepada RM54 juta, menyusut 93% dari tahun sebelum ini. Operating profit pula mencatat RM113 juta, EBITDA RM788 juta, dan baki tunai sekitar RM3 billion . Keuntungan merosot adalah disebabkan isu kos penyelengaraan pesawat, jadi memang patut la kalau diaorang nak beli kapal terbang baru.
Kalau logik Isham pakai, semua syarikat milik Khazanah tak boleh berbelanja sebab kononnya “duit rakyat”. Jadi esok kalau Petronas beli pelantar minyak, Tenaga beli turbin, pun nak tanya “duit siapa?” juga ke? Kalau begitu baik kita tutup semua syarikat GLC, biar duduk diam, jangan berniaga. Senang cerita, tak payah maju.
Janganlah kerana nak serang kerajaan hari ini, sampai sanggup pusing fakta macam ni. Ya.. cerita cerita macam ni susah orang nak hadam, tapi berlaku jujurlah.. awak pegawai khas dulu, awak lagi tahu dan janganlah nak melahirkan masyarakat yang pincang pemikiran.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.