APAKAH SKANDALNYA.?

 


Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendedahkan maklumat yang diterimanya sebelum insiden serangan ke atas anak lelakinya adalah berkaitan urus niaga syarikat milik bekas Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Farhash Wafa Salvador.






“Maklumat yang diberikan adalah bersabit Farhash Wafa Salvador, bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mengenai urusniaga syarikat-syarikatnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Rafizi menegaskan, maklumat itu tidak ada kena mengena dengan mana-mana ahli politik lain termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) seperti yang tersebar.


#RafiziRamli #FarhashWafaSalvador


Berita lanjut layari www.malaysiagazette.com




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.