Anwar tinjau baruh padi alami di Kota Bharu, yakin masa depan pertanian negara


 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meninjau baruh padi di Desa Gemalai, Kota Bharu, Kelantan ketika melawat sahabatnya.

Berdasarkan tinjauannya itu, beliau yakin dengan ekonomi desa dan masa depan pertanian negara.

“Beliau kini mengusahakan sawah padi bebas racun dan baja kimia bersama komuniti Kampung Lubok Jambu, yang sejak dua tahun lalu berjaya menanam padi lima musim, menghasilkan beras putih, wangi dan perang alami berkualiti tinggi.

“Melihat kegigihan mereka mengusahakan tanah hingga membuahkan hasil memberi saya keyakinan bahawa ekonomi desa mampu diangkat jika semangat, ilmu dan sokongan bergabung,” kata Anwar dalam satu hantaran media sosial.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada KADA, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Universiti Malaya, Universiti Malaysia Kelantan dan semua pihak yang turut menyumbang demi masa depan pertanian.

“Usaha ini bukan sekadar menuai padi, tetapi menanam masa depan keterjaminan makanan negara.”






No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.