23 Ogos 2025, Dataran Malleh Pekan Tenom.



Sejarah tercipta di bumi Tenom apabila berlangsungnya Program Pelancaran Jentera Pilihanraya Parti Keadilan Rakyat (PKR) DUN N.42 Melalap yang mendapat sambutan luar biasa rakyat!









Lebih 2,000 rakyat Tenom hadir memberi sokongan padu — membuktikan bahawa arus perubahan semakin kuat di bumi Tenom ini. Perjuangan ini bukan sekadar Pilihanraya, tetapi tentang impian dan masa depan rakyat Tenom khususnya Melalap yang lebih adil dan bermaruah. 


Majlis penuh bersejarah ini dirasmikan oleh YBhg. Puan Nurul Izzah Anwar, Timbalan Presiden PKR, yang meniupkan semangat juang buat seluruh jentera dan penyokong. Dalam ucapannya, beliau menitipkan harapan agar seluruh Jentera Pilihanraya DUN Melalap bersatu hati, bekerja sebagai satu pasukan, dan bergerak dengan penuh keyakinan demi sebuah kemenangan rakyat.


Dari sorakan rakyat, kibaran bendera, hingga laungan semangat — inilah tanda jelas bahawa jentera Melalap sedia bangkit bersama KEADILAN!


Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini.

Kini masa untuk kita melangkah ke medan perjuangan dengan satu tekad:


Melalap milik rakyat, Melalap pasti kita menangi!


#KeadilanTenom #DemiRakyat #TenomOnsoi



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.