UMNO ada 3 team tapi masih berpura-pura bersatu


Mukhlis Addie





1. Team Perpaduan UMNO–PH


Mereka inilah yang sanggup peluk PH demi kuasa.


Sanggup telan segala ludah lama asal dapat jawatan.


Kononnya demi kestabilan, padahal demi survival peribadi.


2. Team UMNO Solo


Ini team “berprinsip” kata depa.


Tak mahu kerjasama dengan PH sebab dulu PH musuh utama.


Asyik hentam PH siang malam, tapi tak ada pelan konkrit nak menang solo.


Kadang lebih mesra PAS walaupun PAS dah tikam berkali-kali.


3. Team Najib (Bossku)


Masih setia dengan “naratif penganiayaan”.


Kononnya bersama perpaduan, tapi hakikatnya sakit hati sebab Najib tak dibela.


Depan senyum dengan PH, belakang tabur fitnah dan jadi batu api untuk porak-perandakan kjaan perpaduan.


Nak PH tolong lepas Najib tapi dalam diam tikam kiri kanan.


p/s UMNO nampak macam bersatu... tapi hakikatnya masing² bawa agenda sendiri. Yang jadi mangsa? Rakyat. Yang penting bagi mereka bukan masa depan negara, tapi masa depan politik masing-masing.




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.