PM ANWAR BERSAMA KEMENTERIAN KEWANGAN.



 Alhamdulillah, berkat kesungguhan dan iltizam Kerajaan MADANI, kedudukan fiskal negara kini semakin stabil, manakala ekonomi yang pernah suram mula menunjukkan tanda-tanda pemulihan yang meyakinkan.









Dalam Majlis Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan pagi ini, saya tekankan bahawa dengan pelaksanaan lebih banyak agenda reformasi yang berani dan berasaskan prinsip kebertanggungjawaban, kedudukan kewangan negara akan terus diperkukuh hatta memberi ruang yang lebih luas untuk Kerajaan MADANI memperkasa kesejahteraan rakyat dan mempertingkat maslahat umum.


Langkah-langkah terbaru yang diumumkan semalam merupakan manifestasi keikhlasan untuk terus membantu rakyat tanpa mengira latar belakang sama ada golongan B40 mahupun M40.


Antaranya termasuklah usaha untuk menurunkan harga petrol RON95 kepada RM1.99 seliter serta mengekalkan kadar tol di 10 lebuh raya utama, yang secara langsung menyasar pengurangan kos sara hidup buat rakyat terbanyak, khususnya kelas menengah.


Inilah tekad Kerajaan MADANI dalam memastikan kemakmuran dikongsi dan kesejahteraan dapat dinikmati secara saksama oleh seluruh rakyat Malaysia.


#MalaysiaMADANI

#RancakkanMADANI

#MADANIbekerja




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.