PENGUMUMAN: PENGHARGAAN UNTUK RAKYAT









Saya tak pasti apa Kerajaan akan umum sebagai penghargaan untuk rakyat sekejap lagi. 


Ada banyak spekulasi mungkin bagi tunai, mungkin turunkan harga minyak, mansuhkan itu ini. 


Tapi kita kena berpijak pada bumi yang nyata. 


Dalam keadaan Kerajaan hendak memastikan kedudukan fiskal berdaya tahan, sudah pasti apa jua keputusan Kerajaan untuk memberi penghargaan kepada rakyat perlu mengambil kira kedudukan kewangan Kerajaan. 


Ada yang cakap Kerajaan terbitkan hutang RM5 bilion baru-baru ini semata-mata untuk umumkan penghargaan kepada rakyat harini sedangkan penambahan hutang tersebut memang dah ada dalam Auction Calendar hutang Kerajaan sejak penghujung tahun lepas dan hanya kebetulan Kerajaan nak umumkan penghargaan tersebut. 


Malah tiap-tiap bulan pun memang dah ada dalam jadual Kerajaan akan terbitkan hutang baru sama ada untuk bayar hutang lama atau untuk tampung perbelanjaan pembangunan dan defisit. 


Pun begitu, sebenarnya, kedudukan kewangan Kerajaan juga menunjukkan kemajuan dari segi peningkatan hasil di mana hasil Kerajaan bagi 5 bulan pertama tahun ini (2025) lebih tinggi daripada 5 bulan pertama tahun lepas (2024):


HASIL KERAJAAN:


Jan - Mei 2024: RM118.5 bilion

Jan - Mei 2025: RM124.8 bilion

PENINGKATAN: RM6.3 bilion


Hasil meningkat manakala perbelanjaan Kerajaan pula menurun:


PERBELANJAAN KERAJAAN


Jan - Mei 2024: RM164.5 bilion

Jan - Mei 2025: RM158.5 bilion

PENURUNAN: RM6.0 bilion


Ini menjadikan defisit Kerajaan juga menurun:


DEFISIT KERAJAAN


Jan - Mei 2024: RM46.0 bilion

Jan - Mei 2025: RM33.8 bilion

PENURUNAN: RM12.2 bilion


Jadi kedudukan kewangan Kerajaan mempunyai ruang untuk bagi apa jua jenis bantuan penghargaan kepada rakyat kerana Kerajaan ada tambahan hasil dan perbelanjaan serta defisit juga menurun. 


Cuma bantuan penghargaan tersebut pastilah akan di dalam ruang lingkup yang logik mengikut kemampuan kewangan Kerajaan yang saya sebut di atas. 


Jangan harapkan benda-benda tak masuk akal seperti PTPTN dimansuhkan, tol-tol dihapuskan dan sebagainya. 


Apapun, Kerajaan tak perlu berhutang untuk bagi bantuan kepada rakyat kerana mengikut undang-undang pun Kerajaan hanya boleh meminjam untuk membiayai perbelanjaan pembangunan (DE) dan bantuan sosial adalah di bawah kategori perbelanjaan mengurus (OE) yang mesti dibiayai melalui hasil. 


Ada tambahan hasil RM6.3 bilion, perbelanjaan dengan defisit pun berkurang. Kalau nak belanja sikit untuk mengurangkan beban rakyat, apa masalahnya? 😀




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.