Semalam timbalan presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa bahawa presiden Tan Sri Hadi Awang tidak dapat menghadiri acara Bersatu bersama parti di luar kerajaan dan pembangkang kerana mempunyai acara lain.
“Kebetulan presiden mempunyai program yang telah diterima lebih awal dan tidak dapat dielakkan,” katanya ringkas, kata Tuan Ibrahim, lapor Malaysiakini.
Ketua Pemuda Pas Afnan Hamimi Taib Azamudden pula mendakwa sayapnya tidak mendapat maklumat berkenaan pertemuan tersebut.
Ini misteri seolah-olah Pas hanya mempunyai seorang pemimpin sahaja.
AJK Pas Pusat adalah seramai 40 orang. Ahli parlimen sahaja ada 43.
Takkanlah seorang dari kalangan 40 AJK Pas Pusat dan seorang ahli parlimen pun tidak mampu mewakili parti mereka sedangkan Pas ialah parti dengan MP paling ramai di Dewan Rakyat.
Atau adakah ketidakhadiran terancang kerana Pas kenyang dengan undi Melayu semata-mata?
Dalam sesi muktamar lalu, macam-macam kaedah pelik bin ajaib dikemukakan untuk mendapatkan undi bukan Islam.
Pas juga mempunyai Dewan Himpunan Penyokong Pas yang hingga kini tidak diketahui keberkesanannya.
Mungkin sahaja Pas sudah menyerah kalah dalam usaha mendapatkan undi bukan Islam.
Malah naib ketua Bersatu Bersekutu Datuk Seri R Sanjeevan pernah menyatakan bahawa Pas punca bukan Melayu tidak menyokong PN.
Untuk rekod, presiden Bersatu telah berjumpa dengan PSM, Muda, MAP, Pejuang, Urimai, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia, Berjasa dan PPP.
Turut hadir ialah anggota komponen PN- MIPP dan Gerakan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.