Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Yassin berkongsikan gambarnya memakai baju-T sempena himpunan Turun Anwar.
“Jumpa nanti di Dataran Merdeka!” katanya di Facebook rasmi beliau kira-kira jam 3 petang tadi.
Susulan itu, ada yang berpendapat Mahiaddin baru keluar dari rumah ketika penyokong tegar pembangkang yang mesra dipanggil walaun sudah lama berkumpul dan basah berpeluh.
Dalam masa sama, baju terpampang nama Anwar yang dipakai Presiden Bersatu berkenaan turut mengundang sindiran warganet.
Menjengah ke ruangan komentar hantaran itu, rata-rata secara sinis menganggap ‘Abah’ terbukti sayangkan Perdana Menteri.
“Bukan sekadar t-shirt. Nama Anwar tu terpahat di dada Abah Ini terbukti… takdirrr… Sayangnya Abah pada Anwar.
“Bangga PMX sebab nama dia ada pada t-shirt.
“Buatlah kerja yang berfaedah untuk rakyat. Jika tak puas hati, tunggu PRU akan datang jatuhkan kerajaan yang sedia ada, jika berkemampuan.
“Woi, mana kamu? Lambat woi, hujan tau,” demikian antara komentar warganet.

Berdasarkan aturcara yang tersebar, Mahiaddin dijadualkan mula berceramah pada pukul 4.45 petang nanti sebelum Tun Dr Mahathir Mohamad.
Selain dua bekas Perdana Menteri itu, 15 orang lagi pemimpin parti komponen Perikatan Nasional (PN) dan aktivis anti kerajaan akan bergilir berucap mulai pukul 3 petang.
Setiap orang diberi tempoh hanya lima minit untuk berucap di hadapan kira-kira 15,000 peserta himpunan bertemakan warna hitam itu.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.