Berikut adalah maklumat-maklumat yang kini berlegar dalam pengetahuan awam dan memerlukan penjelasan dari pihak pentadbiran Kerajaan Persekutuan:
1. Bahawa bagi pelantikan hakim-hakim baru (sama ada bagi Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan), pencalonan yang telah
dihantar oleh Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) kepada kerajaan tidak diambil tindakan pada kadar yang sewajarnya, yang menyebabkan kekosongan menjadi mendesak;
2. Bahawa pencalonan bagi kekosongan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan telah pun diputuskan oleh JAC sebelum persaraan Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan dikemukakan kepada YAB Perdana Menteri sebelum ini, tetapi pelantikan tidak dibuat sehinggalah menyebabkan kekosongan yang ada sekarang;
3. Bahawa mesyuarat JAC telah dipanggil pada hari Jumaat lepas tanpa mematuhi keperluan notis 10 hari, dengan tujuan untuk membuat pencalonan semula bagi jawatan-jawatan yang kosong;
4. Bahawa pada satu mesyuarat JAC yang lepas, seorang Hakim Mahkamah Persekutuan telah dipanggil untuk memberi penjelasan mengenai tuduhan cuba mempengaruhi keputusan satu kes dan pertukaran hakim.
MYNEWSHUB
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.