JKOM DAN JENTERA KERAJAAN HARUS BEKERJA KERAS MEMBANTU PMX. JIKA TIDAK, KERAJAAN INI AKAN MUSNAH SAMA MACAM KERAJAAN PAK LAH DAN NAJIB.



Hamdan Taha


 Jentera kerajaan terutama setia politik PMX wajib berusaha keras memperbaiki keadaan sekarang ke atas kebencian rakyat pada PMX sebabnya PM nak umum perkara baik pun jadi bahan lawak dan kejian rakyat di media sosial...jcom dan kementerian yang sepatutnya berfungsi tapi menteri nampaknya juga jadi bahan lawak kepada masyarakat, jika saya PMX saya kan serangkan jaga penerangan ini pada UMNO baru lah jentera umno turut sama mempertahankan kerajaan dan tidak bersifat berdiam... 


Ini 100 peratus keadaan Najib tahun 2015 sehingga tahun 2018 sampai sekarang, apa juga kebaikan Najib dan Kerajaan masa itu jadi bahan jenaka rakyat dan bahan kutukan rakyat..


Begitu yang berlaku pada Anwar Ibrahim sekarang, kesian juga saya melihat keadaan beliau, dan sayangnya parti dan pimpinan parti tidak berbuat apa apa atau buat tapu tak ada kesan. Setiausaha politik pula sama lebih teruk jadi bahan lawak dan dia pun lebih seronok melayan bini muda dan kumpul harta selagi boleh. Bekas politik pulak adalah tokoh yang sama seperti Jlow pada Najib....


Di zaman najib baik menteri atau sahabat rapat, pegawai kerajaan dan adik beradik berjumpa najib untuk bagi tahu pri hal Jlow dan pandangan masyarakat, Dato Najib sangat tidak senang dan marah sehingga teligga dia merah, pada hal ramai telah bagi nasihat dan dia buat tak tahu atas nasihat tersebut... Akhirnya dia duduk dalam penjara kerana Jlow


Pak Lah masa tu jika orang sebut tentang KJ dan team dia Pak Lah juga marah dan tidak mahu menerima bahawa KJ ada masalah pada keadaan politik semasa... Akhirnya KJ dan tingkat 4 di jadikan isu pilihanraya dan selangor, kedah dan perak jatuh... Buat pertama kali BN tak dapat 2/3...


Sekarang zaman Madani pula, Bekas Setiausaha politik beliau, Setiausaha politik beliau, anak beliau sedang di jadikan bahan politik, dan saya percaya menjelang pilihanraya semua yang anak anak anwar, keluarga anwar, kerja setiausaha politik beliau, dan paling dasyat apa yang bekas setiausaha politik beliau ada akan di dedahkan oleh banyak pihak dan akan di ambik kesempatan oleh Tun Dr M dan pembangkang...ada juga yang sampaikan pada pmx kelakuan pegawai dan bekas setiausaha politik yang kumpul harta, mabuk setiap malam, semua ni sampai pada PMX tapi sikap PMX sama macam sikap Najib pada Jlow... Tanda tanda telah di utakan hati untuk menerima maklumat


Sekarang ni dunia serba serbi maklumat dengan mudah boleh kita dapat, syarikat apa yang geng geng pmx terlibat semua akan bocor kerana bukan semua pegawai kerajaan suka kerajaan madani, dan maklumat akan cepat bocor lagi pulak pegawai pegawai PM tak reti langsung jaga mulut dan salah laku... Cepat je tersebar... Sekarang lebih bahaya lagi musuh dalam parti pun ramai... Mereka tau banyak perkara...


Bayangkan PMX nak umum perkara baik rakyat cemuh macam tu je dan tak ambik kisah pun mereka perkara yang bagi saya ada juga kebaikannya.... Ini bahaya..




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.