DULU TERPENGARUH PM ANWAR ADALAH LIBERAL

Nabiell Ahmad





 Dulu saya hampir terpengaruh dengan dakyah PAS yang mengatakan Anwar ini pemimpin liberal dan seumpamanya. Masa Anwar naik jd PM, saya mula risau, jika apa yang dikatakan itu benar. Selepas hampir 3 tahun, ternyata jauh meleset. Hampir setiap minggu, ada sahaja program beliau bersama ulama dan tokoh agama dari dalam dan luar negara, mereka seakan akrab. Saya mula percaya, tohmahan yang mengatakan Anwar liberal kerana sikap dan beberapa pandangan, sebenarnya beliau hanya ingin merangkul dan mendapat sokongan pelbagai bangsa dan agama, seterusnya diangkat menjadi PM. Tidak hairan, ada dari kalangan penyokong beliau yang bukan Islam berpandangan, Anwar kini berubah menjadi pemimpin Islamis, sedangkan itulah identiti Anwar yang sebenar. Penyokong bukan Islam tidak perlu risau dengan penampilan Anwar, kerana orang yang faham agama, akan meletakkan sesuatu perkara pada tempatnya, adil untuk semua tanpa diskriminasi, amanah dan berintegriti.


Nota : Majlis Ilmu MADANI bersama YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.


Majlis tersebut menampilkan tausiyah khas daripada pendakwah terkenal, Syeikh Yusuf Islam (Cat Stevens), serta Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Dr. Sharifah Haifaa Younis yang juga merangkap aktivis dakwah.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.